Tajuk :
Apa itu “elektrik” ?
Elektrik ialah
pengaliran elektron di antara dua titik, apabila terdapat perbezaan tekanan di
antara dua titik itu.
Semua
jirim terdiri daripada beribu-ribu atom. Di pusat atom terletak nukleus. Di
keliling nukleus ada kumin dinamakan elektron. Elektron ini berlegar
mengelilingi nukleus seperti planet berlegar mengelilingi matahari. Tiap-tiap
elektron membawa satu cas negatif. Jika sesuatu atom seperti karbon mempunyai
enam elektron jadi atom ini mempunyai enam cas negatif. Tetapi pada
keseluruhannya atom adalah neutral iaitu tidak mempunyai cas. Ini menunjukkan
nukleus mesti ada enam cas positif untuk mengimbangkan enam cas negatif. Pada
amnya, sesuatu atom mempunyai cukup cas positif bagi meneutralkan cas negatif
elektron.
Elektron yang di luar sekali di dalam
sesuatu atom mudah dipindahkan. Jika sesuatu atom hilang satu elektron, iaitu
cas negatif, atom tidak akan berkeadaan neutral lagi. Atom ini dikatakan bercas
positif, kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif daripada cas
negatif. Kadang-kadang dalam keadaan yang tertentu elektron yang berada di luar
ini tertarik kepada atom yang lain. Elektron yang sempurna ini dinamakan arus
elektrik. Rajah 1.1 menunjukkan satu atom karbon neutral dan Rajah 1.2
menunjukkan satu atom yang bercas positif.
|
Elektron-elektron yang terkeluar
dari orbitnya menimbulkan kekurangan elektron di dalam atom yang telah di
tinggalkan. Inilah akan menyebabkan lebihan elektron di mana ianya berada.
Bahan yang mengalami kekurangan elektron menjadi cas positif, dan yang
mempunyai elektron yang berlainan akan menjadi cas negatif.
Apabila satu atom
kehilangan satu elektron, ia akan kehilangan satu cas negatif. Oleh itu
bahagian atom yang telah di tinggalkan elektron akan menjadi tidak seimbang
secara elektrik kerana nukluesnya tetap positif seperti dahulu, tetapi salah
satu daripada pengimbang cas telah hilang. Oleh itu hanya cas positif yang tertinggal. Benda yang bercas positif ini di
namakan ion positif.
Dalam bahan bahan pejal, ion-ion ini di kekalkan pada tempatnya oleh
struktur hablur bahan tersebut. Oleh itu ion-ion ini tidak bergerak seperti
elektron bebas. Walaubagaimanapun, di dalam cecair dan gas ion-ion boleh
bergerak seperti elektron dan menolong pengaliran arus.
bagaimana boleh terhasil dc dan ac
ReplyDelete