
Pada
zaman dahulu, orang-orang Yahudi kuno mula mengetahui mengenai elektrik
apabila mereka menggosok benda dengan kain bulu. Mereka merasa pelik
bagaimana habuk-habuk pada benda yang digosok itu hilang. Contohnya
apabila mereka membersihkan cawan dengan kain, bagaimana cawan tersebut
boleh menjadi bersih? Oleh itu, rasa sifat ingin tahu yang mendalam
mereka mula meneroka fenomena yang terjadi ini. Fenomena ini merupakan
salah satu contoh elektrik statik atau lebih dikenali sebagai
elektrostatik.
Penerokaan mengenai fenomena ini telah bermula sejak zaman Renaissance lagi, namun pada masa itu elektrik hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung kurun ke-19.

Kilat
sumber:google
Pernahkah anda melihat kilat semasa hujan? Adakah anda pernah terfikir mengenai tenaga yang dihasilkan oleh kilat tersebut? Tahukah anda kaitan antara kilat dengan elektrik?Benjamin Franklin sangat berminat dengan fenomena ini. Maka, beliau mula membuat kajian mengenainya lalu terhasillah teori-teori mengenai hubungan antara kilat dengan elektrik statik. Teori-teorinya telah menarik minat ahli-ahli sains yang lain untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka ini telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini.
Kronologi perkembangan elektrik
1791 – 1867
1791 – 1867
- Micheal Faraday
- menghasilkan Hukum Faraday
1737 – 1798
- Luigi Galvani
- beliau menjumpai bioelektrik iaitu elektrik yang terdapat di dalam badan manusia.
- kemudian, daripada bioelektrik tersebut beliau mendapat idea menghasilkan Galvanic Cell, ia merupakan salah satu bahagian di dalam bateri yang terdiri daripada elektrokimia sel.
1745 – 1827
- Alessandro Volta
- bergabung dengan luigi dan menghasilkan bateri
1775 – 1836
- Andre-Marie Ampere
- Hukum Ampere
1789 – 1854
- Georg Simon Ohm
- menghasilkan Hukum Ohm
Seterusnya pada penghujung abad ke – 19 dan awal abad ke – 20, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik telah menghasilkan ciptaan yang sangat berguna.
- Nikola Tesla
- menemui arus ulang-alik
- Samuel Morse
- mencipta kod untuk telegraf
- Antonio Meucci
- menghasilkan telefon elektromagnet yang pertama
- Thomas Edison
- mencipta mentol elektrik
No comments:
Post a Comment